Selasa, 31 Disember 2013

DUA.KOSONG.SATU.EMPAT

Let me begins this with Alhamdulillah.. cause Allah Subhanahu wataala have give me, another day to continue my life, my journey, my everything. Most of us doesnt realise how we should be grateful for this ni'mat. Siyess, hope can get brilliant idea for this topic. Soon
 Biiznillah

"DIRI"






Bangunlah wahai diri,
Janganlah terlalu asyik diulit mimpi,
Mimpi yang tak mungkin jadi realiti,
Jika kau terus terusan begini..


Bangunlah..
Mana janjimu??
Mana ikrarmu??
Mana semangat mu??



Bangun!!
Kau punya banyak tugas,
Namun sedikit waktu,
Kau punya banyak matlamat,
Namun sedikit tekad.



Maka bangunlah!!
Teruskan berjalan walau perlahan,
Teruakan merangkak walau kau sudah tak mampu bergerak,

Diri....
Syurga menanti,
Bagi mereka yang syahid di jalan ini,

Jangan korbankan akhirat,
Semata2 utk meraih dunya..


Ingatlah.. suatu hari kita pasti mati.
Meninggalkan dunya ini.


*Alhamdulillah* Alhamdulillah* *Alhamdulillah*

"ALLAH TAHU, APA YANG KITA PERLU..MAKA TAK USAH TERBURU-BURU, ATAU BERKELUH KESAH..SAAT ENGKAU TAK DAPAT APA YANG ENGKAU MAHU..KERNA SUDAH KU BERITAHU.. ALLAH TAHU APA YANG KITA PERLU." 

*inshaAllah. . Will share and post this interesting and crucial topic soon. InshaAllah. * :-)

Ahad, 29 Disember 2013

~Bagaimana???~

"Allahuakbar..allahukabar......."

Terdengar azan subuh berkumandang. mata lantas terbuka.Membulat. Bangun dari katil empuk secepat kilat.

"Allah,terlepas lagi tahajjud malam tadi.. rugi...rugi." monolog diri.

penyesalan mula menjelma dalam diri. tahmid diiucap. Alhamdulillah. masih bernafas dan masih boleh menjalani hidup hari ini.

#

Apa motif saya?? mengapa "bagaimana"??.
Nah.. ini jawapannya.

coretan kali inni adalah kesinambugan bagi coretan sebelumnya #tanah itu#

***

Matanya melilau-lilau. Luas. Bersinar-sinar di bawah terik matahari. Namun,tidak  kosong..Bukan sekadar melihat. tapi memerhati. Ehh?? apa bezanya?? melihat dan memerhati. Punya bezakah??

"Mia,jubah ni cantik yang mana? Akak takleh tengok baju kaler purple lahh. tapi  tak ke membazir kalau satu gerabak tu semua baju kaler yang sama??" Kak Mar membelek-belek jubah cotton bercorakkan bunga-bungaan itu.

 Pakcik Arab tidak cuma memerhati.malah menunjukkan riak wajah yang cukup tidak manis lagi menyakitkan hati. Sememangnya.. Tok Arab amat pantang jika kita menanyakan harga,namun tidak membeli. Layanan diberi pon sekadar hangat-hangat tahi ayam. Senyum nak takanak,bercakap macam taknak bukak mulut..muka pulak.....perghhhhhhh,takyah cakap. Cam orang nak beranak, berkerutt je. Tapi sesetengah lah. And depends on tempat.

Pertanyaan Kak Mar tidak terjawab. Mata Mia terpacak setengah minit yang lalu,,pada 3 figura dihadapannya. Ibu,bayi kecil dan seorang kanak-kanak.

Bayi kecil itu merengek.Minta diberi susu atau sesuatu yang bisa menghilangkan dahaganya. Lantas,cola-cola ditangan kanak-kanak perempuan yang boleh dikatakan berusia 8 tahun itu diambil ibunya. Disua ke mulut bayi tersebut. Tergamam. Masakan bayi sekecil itu,seusia itu,, diberi minum dengan air bergas seperti itu. Sayu,kerna aku tahu..bukan itu pilihan ibunya. Mahu bagaimana? Tidak punya  wang,untuk membeli keperluan anak-anaknya.

Matanya berkaca. Pasti bayi itu bakal punya masalah pada digestive systemnya. Masakan tidak,system bayi sekecil itu,baru mula beroperasi,setelah pembinaan sel-sel perytnya..yang memakan masa..namun bisa dimusnahkan sekelip mata,hasil reaksi diantara gas dan enzyme yang dirembeskan oleh sistem pencernaanya.

"Mia,dengar tak nih??""

"hahhhh,apa kak? "

"Hishhhh,taknaklah cakap. Buat abes air liur je. Orang tanye bukan nak jawab. Pandang apa?"

Wajah Kak Mar kelihatan kemerah-merahan. Nampak sungguh sedang marah akan pertanyaanya yang tidak dilayan.

"Kak Mar, eh,eh.. Cantik gilerrrrr kott. Kat Mesia mane ade cotton Purple cenggini.."
Mia cuba menarik kembali minat Kak Mar pada jubah cotton tesebut. Perlu dipujuk kakaknya yang sorang nie. Jika dibiarkan bisa parah..memuncung sampai ke pagi.

"yeke?? tulah,akak confuse.dah sejam fikir. tapi stilll taklehh decide lagi. Cane nie?"

Mengeleng. Mia tau akan kelemahan Kak Mar.Dia mudah melupakan sesuatu,Akhirnya.. Pujukan berjaya. Lantas,Mia mula mengolah dan memberi pendapat mengikut logiknya. Ibu itu dipandang lagi. sebelum berlalu pergi,sempat dihulur sedikit sedekah yang mampu diberi. Allah,,alangkah bertuah nya aku,punya umie abah yang sentiasa mampu memberi apa yang aku mahu. Hati mula pedih lagi sedih,dan betapa kufurnya aku..dengan nikmatMu. Sedikit sekali aku bersyukur.

"Tuhanku..jadikan aku hambaMu yang merasa cukup dengan yang sedikit. "Dan bersyukur dengan yang banyak." hatinya berdoa. berharap semoga Allah mengabulkannya.


Ameen.

*belum bisa menamatkan coretan ini. Dan sebenarnya tak masuk lagi ke tajuk utama. "Bagaimana??"

inshaAllah. next time. sebenarnya,iham itu bertubi-tubi datang. cuma masa amat mencemburui. inshaAllah,,cuti midterm nanti. Lebih banyak coretan menghiasi blog ini. :)

Sabtu, 28 Disember 2013

~Tanah Itu~

BISMILLAHIRRAHMANIRARHIM. IN THE NAME OF ALLAH. THE MERCIFUL.

Dah terlalu lama jejari ini tidak menyentuh pad kekunci lappy. satu,dua atau tiga minggu mungkin. atau boleh jadi sudah hampir sebulan.

*kunyah pisang*

okkay,, Alhamdulillah. masih bernafas. masih boleh melihat,menyentuh,mendengar,merasa dan masih punya hati dan akal yg baik lagi sihat sejahtera. Alhamdulillah.

kita masuk ke tajuk diatas. TANAH ITU. ada apa dengan tanah itu?? guess what??."A special Land"  on this earth. tanah yng diberkati,dirahmati dan diredhai. inshaAllah.


"kak, jomla pegi Hussin. Kita nak sangat pegi. nak shopping tudung bebanyak..kita rasa tak selesa pakai tudung cukup-cukup besar ni" kata Mia sambil  menghayunkan tudung coklatnya itu.

"kenapa ngan tudung ni?? okkay je akak tengok"

"kecikla kak..even bidang 45..rase cam tak selesa." mulutnya memuncung. masuk kali ini,sudah tiga kali dia dia meminta untuk ditemani ke Hussin. namun kekangan masa membataskan pergerakan mereka.

"okkay..okkay akak teman.  takyah buat muka cam baby nak susu cenggitu. buruk." kak Mar akhirnya memberi jawapan yang mampu membuatkan Mia senyum sampai ke telinga pagi itu.

"thank you kak.. I love you" pelukan dua insan itu bertaut. terasa menjalar kehangatan dan kemanisan ukhuwwah pada dua insan yang tak punya ikatan apa-apa. sekadar teman biasa yang berharap suatu hari nanti,mereka dapat bersama di sorga.

***

"akak nak pegi satu tempat kejap lagi"

"kemana kak??"

"tempat special. mana boehh cakap lagi. wait and see baby" kak Mar bersuara sebaik sahaja kami sampai di hadapan pasar hussin. Kuntuman senyum diberi. "sungguh,semoga Allah merahmati sahabatku ini,,"
bisik Mia dalam hati.

***

"ini gila" bisik Mia sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam Hussin.

"mana cukup bawak duit banyak ni. baju cantik-cantik cenggini,,takkan taknak beli"

"Astaghfirullah..astaghfirullah Dunya,dunya Mia"

Mia bermonolog di tengah2 pasar itu. jika diperhati,dia pasti kelihatan seperti tidak siuman. menjenguk sana sini,belek itu ini..namun diakhirnya,tiada satu pun yang dibeli.

*

"ehh,,kata nak datang shopping.takde nampak plastik beg pon??"

"ishh kak Mar ni..orang nak datang tengok-tengo je. survey harga dulu. kan Mia cakap nak beli tudung je tadi." balas Mia sambil membelek-belek jubah hitam di tangan kiri.

"cantik. nak beli lah" akhirnya kata putus diberi. Not 100 dikeluarkan dari kocek.

Mardya memandang sepi. "hisshh,budak ni,peliknya..kata nak beli tudung"

"syukran ya Amm" Mia berlalu pergi dengan senyuman yang tak lekang di pipi tanpa mengendahkan omelan kak Mar di tepi.

***

subhanAllah.. nikmat apakah ini??

kaki melangkah masuk. terasa berdiri segala bulu roma di badan ini.

""selawat tiga kali" bisik kak Mar disisi,sebelum kami melangkah ke dalam masjid ini.

usai menyempurnakan solat asar,aku terus bergegas kesitu. sudah tidak tertahan rasanya untuk berjumpa dengan jasad mulia itu. Dua. Mereka berdua. Cucu kekasih Allah. Hassan dan Hussin. Air mata tumpah tanpa sempat diseka. hati merasa sebal dan tenang. Bau wangi itu dpat dicium saat kaki berdiri di hadapan maqam yang dihias indah bersama bunga-bungaan yang menambah rasa ketenangan diri.

Salam diberi. salam hormat buat insan yang amat istimewa disisi Rasulullah. cucu kesayangan. Permata hati Saidatina Fatimah dan Saidina Ali.segala rasa hati diluahi. membayangkan diri sedang berinteraksi dengan mereka. bibir tak henti memuji dan memita agar salam ini disampaikan kepada Baginda Rasulullah SAW.
Air mata bagaikan tidak ingin berhenti mengalir dipipi ini. Hanyut. hanyut dalam dunia ciptaannya sendiri.

"Mia,jom. dah nak maghrib"

Ku mengangguk perlahan

"salam alaik,ya Ahli Bait"

perlahan-lahan diri mengundur pergi. Semoga Allah meredhaimu. Wahai insan mulia yang banyak berbakti,hingga diri terkorban dalam usaha menjaga kesucian agama yang amat dicintai.............

_akan bersambung. InshaAllah. berkongsi ibrah atau pengajaran yang dapat dikutip,sepanjang perjalanan di pasar "kecil" ini. bukan sekadaar cuci-cuci mata melihat baju-baju indah di dunia,namun  tiada harga di akirat sana . namun yang pasti,ia yang bisa menggugah jiwa. yang tak bisa menahan dri, godaan nafsu membeli belah ini.


*Histology menanti. buku setia disisi. minta untuk dibacai. Assalamualaikum. semoga Allah redha. inshaAllah*




Selasa, 10 Disember 2013

Hidup ini SEMENTARA cuma, Pergunakan ia SEBAIKnya, Dan kita tidak diciptakan melainkan utk beribadah kepadaNya, Maka mari bergerak bersama, YA..BERSAMA-SAMA, Walau dunya kita berbeza, Terpisah antara dua benua, Kita tetap bersama.. Berjalan menuju ke syurgaNya, Pegang tangan saya, Rapatkan bahu kita, InshaAllah..semoga hati kita bertaut dibawah rahmat dan kasih sayang..

Isnin, 9 Disember 2013

"Eh..lalat ni nak ape sebenarnya??".

Doktorah tidak menghiraukan luahan rasa hatiku. Masih petah bercakap dan menerangkan kedudukan struktur tulang pada bahagian peha manusia.. Ahh, mana mungkin didengari.Aku di hujung sini.Dia didepan sana. Kehadiran lalat kecil ini mengganggu konsentrasiku.

Tumpuan cuba diberi sekali lagi. Berkerut, mata memgecil..kepala diangguk-anggukkan. Ooooo..

Bunyi itu......datang lagi.
Toleh ke tepi.

"Eiiiii..geramnya aku. Lalat nie nak ape sebenarnya??'

Tanpa sedar..suaraku sedikit tinggi.

"Nak kasih sayang"

Toleh ke sebelah kiri. Syahirah senyum seikhlas hati. Tersungging senyuman di pipi.

"Ooo..nak kasih sayang. Meh sini. Nak bagi kasih sayang yg tak berbelaah bagi.
Buku Anatomy setebal 3 inci diangkat setinggi yg mungkin. Satu, dua, tiga!!

"Pap!!"

Satu kelas tiba2 sunyi. Sepi. Takde bunyi.
Toleh kanan kiri.

"You!! The red scarf one. Stand up and explain about the muscles."

Ternganga. Mak aiiiii..

Nie semua kau punya pasal lalat.tapi takpe. Puas hati.

Innalillah.. memang kene tepat rupanya Pakcik LAlat nie. Cairan kuning melekat pada muka hadapan buku Anatomy.

"Yarkkkk!" Shahirag tak dapat menahan rasa geli. Muka seolah2 baru lepas mandi dengan air siraman paling busuk atas bumi.  Buruk beno!!

Pandang depan...

Ini belum berakhir lagi.

"Stand up!"

Refleks diri cepat2 bangun dari kerusi.

"Ape aku nak jawab nie"

Pandang Doktorah.  Cuba meminta simpati. Muka memang takyah cakap..rasa nak sorok dalam laci. Malu beb!!
Assalamualaikum Dunya..ini post pertama saya. Semoga langkah ini diredhai olehNya..dan memberi manfaat pada semau..dann semoga dihitung sbgai amalan yg membawa ke syurga.. inshaAllah