BISMILLAHIRRAHMANIRARHIM. IN THE NAME OF ALLAH. THE MERCIFUL.
Dah terlalu lama jejari ini tidak menyentuh pad kekunci lappy. satu,dua atau tiga minggu mungkin. atau boleh jadi sudah hampir sebulan.
*kunyah pisang*
okkay,, Alhamdulillah. masih bernafas. masih boleh melihat,menyentuh,mendengar,merasa dan masih punya hati dan akal yg baik lagi sihat sejahtera. Alhamdulillah.
kita masuk ke tajuk diatas. TANAH ITU. ada apa dengan tanah itu?? guess what??."A special Land" on this earth. tanah yng diberkati,dirahmati dan diredhai. inshaAllah.
"kak, jomla pegi Hussin. Kita nak sangat pegi. nak shopping tudung bebanyak..kita rasa tak selesa pakai tudung cukup-cukup besar ni" kata Mia sambil menghayunkan tudung coklatnya itu.
"kenapa ngan tudung ni?? okkay je akak tengok"
"kecikla kak..even bidang 45..rase cam tak selesa." mulutnya memuncung. masuk kali ini,sudah tiga kali dia dia meminta untuk ditemani ke Hussin. namun kekangan masa membataskan pergerakan mereka.
"okkay..okkay akak teman. takyah buat muka cam baby nak susu cenggitu. buruk." kak Mar akhirnya memberi jawapan yang mampu membuatkan Mia senyum sampai ke telinga pagi itu.
"thank you kak.. I love you" pelukan dua insan itu bertaut. terasa menjalar kehangatan dan kemanisan ukhuwwah pada dua insan yang tak punya ikatan apa-apa. sekadar teman biasa yang berharap suatu hari nanti,mereka dapat bersama di sorga.
***
"akak nak pegi satu tempat kejap lagi"
"kemana kak??"
"tempat special. mana boehh cakap lagi. wait and see baby" kak Mar bersuara sebaik sahaja kami sampai di hadapan pasar hussin. Kuntuman senyum diberi. "sungguh,semoga Allah merahmati sahabatku ini,,"
bisik Mia dalam hati.
***
"ini gila" bisik Mia sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam Hussin.
"mana cukup bawak duit banyak ni. baju cantik-cantik cenggini,,takkan taknak beli"
"Astaghfirullah..astaghfirullah Dunya,dunya Mia"
Mia bermonolog di tengah2 pasar itu. jika diperhati,dia pasti kelihatan seperti tidak siuman. menjenguk sana sini,belek itu ini..namun diakhirnya,tiada satu pun yang dibeli.
*
"ehh,,kata nak datang shopping.takde nampak plastik beg pon??"
"ishh kak Mar ni..orang nak datang tengok-tengo je. survey harga dulu. kan Mia cakap nak beli tudung je tadi." balas Mia sambil membelek-belek jubah hitam di tangan kiri.
"cantik. nak beli lah" akhirnya kata putus diberi. Not 100 dikeluarkan dari kocek.
Mardya memandang sepi. "hisshh,budak ni,peliknya..kata nak beli tudung"
"syukran ya Amm" Mia berlalu pergi dengan senyuman yang tak lekang di pipi tanpa mengendahkan omelan kak Mar di tepi.
***
subhanAllah.. nikmat apakah ini??
kaki melangkah masuk. terasa berdiri segala bulu roma di badan ini.
""selawat tiga kali" bisik kak Mar disisi,sebelum kami melangkah ke dalam masjid ini.
usai menyempurnakan solat asar,aku terus bergegas kesitu. sudah tidak tertahan rasanya untuk berjumpa dengan jasad mulia itu. Dua. Mereka berdua. Cucu kekasih Allah. Hassan dan Hussin. Air mata tumpah tanpa sempat diseka. hati merasa sebal dan tenang. Bau wangi itu dpat dicium saat kaki berdiri di hadapan maqam yang dihias indah bersama bunga-bungaan yang menambah rasa ketenangan diri.
Salam diberi. salam hormat buat insan yang amat istimewa disisi Rasulullah. cucu kesayangan. Permata hati Saidatina Fatimah dan Saidina Ali.segala rasa hati diluahi. membayangkan diri sedang berinteraksi dengan mereka. bibir tak henti memuji dan memita agar salam ini disampaikan kepada Baginda Rasulullah SAW.
Air mata bagaikan tidak ingin berhenti mengalir dipipi ini. Hanyut. hanyut dalam dunia ciptaannya sendiri.
"Mia,jom. dah nak maghrib"
Ku mengangguk perlahan
"salam alaik,ya Ahli Bait"
perlahan-lahan diri mengundur pergi. Semoga Allah meredhaimu. Wahai insan mulia yang banyak berbakti,hingga diri terkorban dalam usaha menjaga kesucian agama yang amat dicintai.............
_akan bersambung. InshaAllah. berkongsi ibrah atau pengajaran yang dapat dikutip,sepanjang perjalanan di pasar "kecil" ini. bukan sekadaar cuci-cuci mata melihat baju-baju indah di dunia,namun tiada harga di akirat sana . namun yang pasti,ia yang bisa menggugah jiwa. yang tak bisa menahan dri, godaan nafsu membeli belah ini.
*Histology menanti. buku setia disisi. minta untuk dibacai. Assalamualaikum. semoga Allah redha. inshaAllah*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan