"Allahuakbar..allahukabar......."
Terdengar azan subuh berkumandang. mata lantas terbuka.Membulat. Bangun dari katil empuk secepat kilat.
"Allah,terlepas lagi tahajjud malam tadi.. rugi...rugi." monolog diri.
penyesalan mula menjelma dalam diri. tahmid diiucap. Alhamdulillah. masih bernafas dan masih boleh menjalani hidup hari ini.
#
Apa motif saya?? mengapa "bagaimana"??.
Nah.. ini jawapannya.
coretan kali inni adalah kesinambugan bagi coretan sebelumnya #tanah itu#
***
Matanya melilau-lilau. Luas. Bersinar-sinar di bawah terik matahari. Namun,tidak kosong..Bukan sekadar melihat. tapi memerhati. Ehh?? apa bezanya?? melihat dan memerhati. Punya bezakah??
"Mia,jubah ni cantik yang mana? Akak takleh tengok baju kaler purple lahh. tapi tak ke membazir kalau satu gerabak tu semua baju kaler yang sama??" Kak Mar membelek-belek jubah cotton bercorakkan bunga-bungaan itu.
Pakcik Arab tidak cuma memerhati.malah menunjukkan riak wajah yang cukup tidak manis lagi menyakitkan hati. Sememangnya.. Tok Arab amat pantang jika kita menanyakan harga,namun tidak membeli. Layanan diberi pon sekadar hangat-hangat tahi ayam. Senyum nak takanak,bercakap macam taknak bukak mulut..muka pulak.....perghhhhhhh,takyah cakap. Cam orang nak beranak, berkerutt je. Tapi sesetengah lah. And depends on tempat.
Pertanyaan Kak Mar tidak terjawab. Mata Mia terpacak setengah minit yang lalu,,pada 3 figura dihadapannya. Ibu,bayi kecil dan seorang kanak-kanak.
Bayi kecil itu merengek.Minta diberi susu atau sesuatu yang bisa menghilangkan dahaganya. Lantas,cola-cola ditangan kanak-kanak perempuan yang boleh dikatakan berusia 8 tahun itu diambil ibunya. Disua ke mulut bayi tersebut. Tergamam. Masakan bayi sekecil itu,seusia itu,, diberi minum dengan air bergas seperti itu. Sayu,kerna aku tahu..bukan itu pilihan ibunya. Mahu bagaimana? Tidak punya wang,untuk membeli keperluan anak-anaknya.
Matanya berkaca. Pasti bayi itu bakal punya masalah pada digestive systemnya. Masakan tidak,system bayi sekecil itu,baru mula beroperasi,setelah pembinaan sel-sel perytnya..yang memakan masa..namun bisa dimusnahkan sekelip mata,hasil reaksi diantara gas dan enzyme yang dirembeskan oleh sistem pencernaanya.
"Mia,dengar tak nih??""
"hahhhh,apa kak? "
"Hishhhh,taknaklah cakap. Buat abes air liur je. Orang tanye bukan nak jawab. Pandang apa?"
Wajah Kak Mar kelihatan kemerah-merahan. Nampak sungguh sedang marah akan pertanyaanya yang tidak dilayan.
"Kak Mar, eh,eh.. Cantik gilerrrrr kott. Kat Mesia mane ade cotton Purple cenggini.."
Mia cuba menarik kembali minat Kak Mar pada jubah cotton tesebut. Perlu dipujuk kakaknya yang sorang nie. Jika dibiarkan bisa parah..memuncung sampai ke pagi.
"yeke?? tulah,akak confuse.dah sejam fikir. tapi stilll taklehh decide lagi. Cane nie?"
Mengeleng. Mia tau akan kelemahan Kak Mar.Dia mudah melupakan sesuatu,Akhirnya.. Pujukan berjaya. Lantas,Mia mula mengolah dan memberi pendapat mengikut logiknya. Ibu itu dipandang lagi. sebelum berlalu pergi,sempat dihulur sedikit sedekah yang mampu diberi. Allah,,alangkah bertuah nya aku,punya umie abah yang sentiasa mampu memberi apa yang aku mahu. Hati mula pedih lagi sedih,dan betapa kufurnya aku..dengan nikmatMu. Sedikit sekali aku bersyukur.
"Tuhanku..jadikan aku hambaMu yang merasa cukup dengan yang sedikit. "Dan bersyukur dengan yang banyak." hatinya berdoa. berharap semoga Allah mengabulkannya.
Ameen.
*belum bisa menamatkan coretan ini. Dan sebenarnya tak masuk lagi ke tajuk utama. "Bagaimana??"
inshaAllah. next time. sebenarnya,iham itu bertubi-tubi datang. cuma masa amat mencemburui. inshaAllah,,cuti midterm nanti. Lebih banyak coretan menghiasi blog ini. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan