Jumaat, 11 April 2014

Ter-biyah



Bismillah.

Satu persatu helaian matsurat aku selak. Mencari ketenangan,yang beberapa hari lately nie menghilang. Entah. Tak tahu kenapa,hati rasa gelisah, jiwa rasa resah. Kosong. Kosong. Macam….. kotak yang sepatutnya boleh isi banyak benda,tapi tak terisi. Makanya,jadilah kotak itu kotak yang sia-sia. Takleh isi barang pape. Dan, bila dah takde barang dalam kotak tu, ringanlah maknanya kan? Means, datang benda lain hempap sikit,dah jatuh. Tergolek atau kemek atau terbalik.

Dan,along the time lah, aku cuba mencari.. sebab asbab yang buat aku rasa kosong. Bukan. Bukan kosong maksudnya duduk lenggang kaki sambil layan cerita P.Ramlee. (eh, logic ke?) . kalau nak cakap waktu.. memang takde waktu kosong. 8am till 5am class. 5.30 until night, tuition. Memang fully booked. Allah.


***

“apa kita cari dalam hidup sebenarnya?”


Sentap. Padu soalan tu. Tanya kawan sebelah. Orangnya biasa-biasa. She’s right now searching for something,which is..can make her understand more about Islam.

“redha Allah.” Jawabku ringkas.


Aku..kelu. menyesal tahap gaban. Kenapalah tak prepare awal-awal jawapan bagi soklan macam ni. I mean, faham tak?? Inilah the right time untuk kita laksanakan amanah kita. Sebagai khalifah atas muka bumi ni. Chance tu besar sangat. Untuk aku tarik dia sikit-sikit. Maksudnya, kalau aku dapat bagi jawapan sepadu soalan yang dilontarkan, bukan untuk my satisfication, tapi sebab aku nak kawan-kawan aku turut faham, what is our “true” purpose in this life.


Soalan tu, seolah-olah macam tanya,


“apa tujuan kita hidup?”


Perhaps,for some people.. akan cakap,

“weh,soalan punya lah mudah. Kalau soalan anatomy that need you to hafal all those berangkai and complicated things kau boleh hafal,takkan soalan semudah nie boleh buat kau blank? Come on lah, jawab jelah,
“cari redha Allah.”


Well bro. its not as easy as what you think. Memanglah. Cari redha Allah. Kalau kita yang faham maksud mendalam dan sebenar dia apa takpelah nak jawab straight forward macam tu, tapi for those yang baru nak mula langkah, baru mula nak kenal makna sebenar kehidupan nie.. that answer is more complicated and susah than soalan physio segala bagai.

fuhh..


Balik kelas, still teringat dan terngiang-ngiang soalan tu. Rasa bersalah pada diri sendiri, pada kawan aku tu dan semestinya.. pada DIA YANG SATU. ALLAH.. yang mana, redha DIAlah yang kita cari sebenarnya.

Rasa macam, I lose the chance. Sebenarnya, aku baru rasa and ter-rasa. Betapa .. dakwah dan tarbiyah ini, tak semudah yang kita sangka. Well, we are not facing the machine or heartless thing, but we are facing with human. And human being nie banyak jenis. Ade yang bila nak bukak je tazkirah, terus melenting, ade yang baru nak tegur sikit, eh. Dia tegur kita balik.


“kau dah cukup bagus ke? Tu cermin tuh, orang cipta suruh kita tengok diri sendiri. Bukan jaga tepi kain orang lain”


 Padu ayat dia. Kak kiah, “kubur masing-masing” punya ayat tu dah lapuk dah. Sebab sekarang orang dah faham, physicalnya nampak cam kubur kita nanti nie.. liang nya lain-lain. Tapi hakikatnya tidak kak Kiah oii. Kalau sampai ke akhirat sana lain-lain takpe, tapi the problem is.. dekat ‘sana’ nanti,saya pun kena sama,kalau amanah dan tanggungjawab saya keatas awak tak terjaga.Allah dah amanahkan untuk saya.. supaya mengajak orang kearah kebaikan. Atau kata islamiknya.. tarbiyah. Okay,not just only me. Kita semua sebenarnya. Maka, nak taknak. Kene laksanalah. Demi ape?  Demi Redha Allah.


“dakwah tarbiyah yang sebenar, adalah apabila kita keluar dari zon selesa.”
Kata seorang akhi.

Kalau dulu, baca.

“kita semua nie, adalah dai’e. pendakwah.”

“seorang pendakwah yang sejati,dia tak mudah rebah”

“weh, asal cepat mengalah? Nak jadi pendakwah kene tabah,kuat”


Then, I was thinking. Is it so hard untuk dakwah-dakwah segala bagai ni??

“Apa yang susah sangat. Bercakap je pun. Bagi ayat Quran sikit. Keluarkan hadis sikit. Dahlah. Jangan nak payahkan benda yang mudah boleh tak?”


Perghhh. Memang rasa nak bagi pelempang. Pada diri sendiri. Sungguh,time tu tak faham dooh, what is dakwah tarbiyah.At that time lah. Sekarang??

Hurm. Lebih dari faham. Betapa…. tak. Bukan nak cakap betapa susah. Tukar ayat. Betapa mencabarnya mnejadi seorang pendakwah.

Allah, ya Rabbuna. Yusahhillana.

Jazakallah.

5:51am (Malaysia)
11/4/2014



Isnin, 31 Mac 2014

Bismillah,


Terkedu. Mh370,yang ku nanti akan kepulangannya.. dah disahkan terhempas di laut Hindi.

Syahdu. Saudara-saudara seIslamku bakal mengakhiri hidup mereka di tali gantung. Hanya kerana,,mereka mempertahankan perkara yang hak,dan menegah sekeras-kerasnya.. perkara yang batil.

Allah.. aku buntu. Harus bagaimana aku bantu.
Allah.. aku sedih, atas pemergian saudara-saudaraku.

*

“if a person,has a diaphragm paralysis.. can he survive or he will die? “

“die!”

 jawabku pantas. Dengan penuh yakin dan ekspresi wajah yang memang cukup yakin dengan jawapanku.



“no, he will survive.”

Diam. Malu.


“because,the diaphragm is not essential.and if it is affected.. the costal breathing can maintain life” jawab Doktorah .


Persoalan terjawab. Aku tidak malu untuk salah. Kerna memang kami baru sahaja memulakan tajuk itu. Sejujurnya.. aku Cuma meneka. Dan, aku ingin mengajar diri ini.. erti keberanian. Cuba walau kamu tak tahu apa hasilnya. Sekurang-kurangnya, kamu mencuba.


“begitu Allah nak jaga kita. Perasan tak, mechanism badan kita nie,, Allah letak banyak tahap, kalau yang nie rosak.. ade system lain yang akan ambik alih.”
Aku toleh ke tepi. Terpana seketika. Pandangan mula redup. Hati mula sayu.


Alia.. sahabat karibku. Seorang hafizah. Pabila seorang mukminah itu,melihat sesuatu dengan mata hati.. bukan membuta tuli. Maka lahirlah kata-kata yang cukup menyentuh hati.


“eh.. bakpo nangis ni?”


“yaaaa…”



Tidak. Bukan aku yang mendengar. Tapi dia yang berkata-kata itu yang mengalirkan air mata. Allah. Lembutnya hati dia. Semudah itu untuk dia mengalirkan airmata. 

Dan.. sesungguhnya. Orang yang beriman itu, lembut hatinya. Ditegur sedikit sahaja oleh Pencipta. Sudah bisa mengalirkan airmata. Airmata cinta. Kerana mengingati Dia yang Maha Berkuasa.


“a’ah. Betapa Allah sayang pada kita. Betapa Dia nak jaga kita. Betapa Dia nak selamatkan kita. Benarlah.. manusia itu sendirilah yang merosakkan dunia.” Bisik hati.


Lecturer dihadapan sudah tidak diberi perhatian lagi, layan perasaan hati. Airmata nie…. Susahnya nak keluar. Cuma bergenang dibirai mata. Mungkin…… kerna kosongnya jiwa??


“lihat sesuatu dengan mata hati. Cahaya Ilahi. Macam mana nak cahaya nie masuk ke hati?”


“dengan penyucian jiwa. Dan bertaubat atas segala dosa.”


Dan hari ini.. aku lalui dengan mengingati diri.. betapa Allah sayangkan kamu. Wahai manusia yang tak tahu bagaimana untuk bersyukur. Luahan Alia tak berhenti disitu….


“macam-macam Allah bagi, tapi kenapa kita tak tahu nak mensyukuri?”

Cukuplah. Perbualan singkat ini,menjadikan hati ku kembali untuk mengingati.. betapa alpanya diri.


Lately,,banyak prkara yang menganggu fikiran. Dengan tubuh yang letih.. dari pagi hingga ke malam.

Pagi, keluar rumah seawal 8. Balik, pukul 4. Hampir 8 jam di Universiti. Dan sehampir itulah aku mengingati diri..

“cari ilmu Lillah. Kerana Allah. Sabarlah diri. Kamu Cuma diminta untuk pergi balik kuliah tiap-tiap hari je. Bukannya disuruh angkat M16. Bukannya disuruh berlari kesana ke mari. “
Bisik hati.

Hidup nie singkat. Banyak benda yang kene buat. Banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Banyak amanah,yang perlu ditunaikan.


Dan aku mahu ada pada Zaman, dimana…. Umat Islam tak lagi berkelahi sesama sendiri. Zaman dimana, umat Islam kembali menakluki dunia ini. Zaman dimana, umat Islam. Berjaya mengulang kembali.. kegemilangannya.. suatu masa dahulu. Kamu harus tinggalkan segala kesenangan duniawi. Dan bergerak menuju ukhrawi.  Mulai dari, detik ini. Wahai diri.


25/3/2014.

5.37 pm.

Isnin, 24 Februari 2014







“doctor, is cancer can be treated?”, I was asking Dr Oby when he explained to us about prostate cancer.


“yes. But it depends on many factors. Age,health condition and… what type of cancer?”, he asked me back.
                           

“errr… urm.”


“general cancer??”


“yea. Something like that.”


“like what I explained just now. Depends on the type of cancer. But most of the cancer is fatal”.

Dr Oby sambung lagi.

"..... my mom and dad both died because of cancer. my dad was having colon cancer and my mom was having breast cancer...."

jawapan yang cukup buat aku hiba. Im sorry doctor.

And guess what. Why im asking such a weird question. Sebab….. teringat kat Mato. 

Bukan. Bukan sebab caring or ape. Tapi sebab sayang.


Ehh.. tak caring,tapi sayang??


Ohh..please don’t misunderstood.
I mean,.. sayang untuk kehilangan someone special like him.


“talented Da’ie.”


Saya.. medical student jugak. Cuma tempat kami belajar je lain. Dia jauh di Edinburgh. Saya jauh merantau disini.


***

“apesal sedih sangat? He got nothing to do with you.kenal ke? Or sebab dia hensem?”


“kenal pon tak. Ade hati nak cakap hensem.”

“dah tu?? Apesal emo sangat? See. Cakap pon berair mata. Actually what happen hah? Dari semalam lagi aku tengok,since you finish belek-belek your phone, tetibe muka cam orang tengah tahan nak nangis What’s going on? Ape nama dia? Mato? Nama pon dah macam buah tomato.”


“he’s…… a great guy.”

“so??”

“great daie. Legend. Doctor. Skater. Munsyider.”


“okay”, dia membetulkan kusyen dibelakang supaya agak selesa.


“he  give a great contribution to ummah.. dalam alam maya,takde sape kenal siapa dia. But people keep guessing itu ini, well.. sape tak curious.”


“buat ape nak curious? Just let him be. Asalkan he spread something good to be shared. Enough. “


Jeling ke sebelah. “are you gonna hear my story about him?’, i asked her dengan nada geram. suka sangat potong time orang tengah nak citer dengan penuh feel ni.


“sorry,teruskan”, sambil matanya memandang syiling.


“I don’t know how I can come across his blog. Interesting. Sangat. Cara penulisan dia. Ade orang comment,cakap gaya dia ade iras Hlovate. Memang menyentuh jiwa,menyentap rasa. Even kalau aku down,or having some problems, selain doa, mintak Allah tunjukkan jalan.. well. As you know,setiap masalah ade jalan keluar. Kalau nak tido, aku akan bukak blog dia. Then,kalau ape yang dia tulis kene tepat ngan my condition time tu,, mulalah aku leleh. Sentap beb.”


“then,apesal kau sedih sekarang. Aku tumpang happy plus bangga. Hlovate doctor, and he is also dlm proses nak jadi doctor.. but both of them ade mase,nak tulis cerita and karang blog segala. Nak didik ummah yang memang dahaga ngan tarbiah.”


“tahu..”


“ape??”


“ishh kau nie. Jap la. Nak amik udara. Aku sebak sekarang nie. Kang tak pasal-pasal pengsan atas riba kau nie.”

“woii..  cepatlah bagitau kenapa? Kau Nampak tak buku Anatomy tuh tengah sengih-sengih depan aku. Da nak final wehh. Cepa…..”


“he’s having cancer.”


Perlahan-lahan dia tutup buku di tangan. Tubuhnya membelakangi ku.
Sahabat ku ini,Nampak kasar, Nampak cam jiwa takleh blahh.. tapi.


“aku tak sanggup nak dengar. Aku tetibe.. rindu arwah Ammar. Aku rindu insan-insan mulia macam dia. Kenapa?? Kenapa orang baik semua kene tinggalkan kita?”


“aku tahu kau tanya bukan sebab kau nak pertikai takdir, tapi.. kau sedar kan nie zaman ape?”


“akhir zaman. Fitnah berleluasa. Zina merata-rata. Depan mata. Aku sedar”’


“aku blah dulu.” setelah beberapa saat kami dua-dua terdiam. menyelami perasaan masing-masing.


“joy,..”


“ape?”


“nama dia.. Nik Haseef Irsyad Nik Shahrir. Kau mesti nak tolong doakan dia kan?”


“sape cakap? Aku bukan kenal dia.”


“apesal suara cam pelik je? Sebak eh?’


“takde ahh.. peti suara aku nie elok je.”

“joy, doakan dia eh? Even tak kenal dia siapa,tapi dia kan saudara seislam kita. Aku rasa kau lebih faham sebenarnya”


“inshaAllah. I cant imagine. Almost Sixth year dye study medicine. And yet, he try to cure people,but now..”


“jap. Weh. Cane kau tahu dia tahun akhir?” tanpa menunggu Joy menghabiskan kata-kata,aku terus potong. Yang nie memang curious tahap gaban.


“cause I know him.”

“how can…?? wehh!! kau jangan memain ngan aku. punyalah curious nak tahu dye sape."


"takyah. tak penting. dahla weh,aku balik bilik dulu. "

"jap. stage berape?"

"ape??"


"that guy.. stage ke berapa dah?"

"entah. aku tak sure. eh.. tak tahu. dia tak bagitahu. kau....."


ishh dia nie. suka sangat blahh cam tu je. Dan... sangat berahsia.


***


MATO. get well soon. 



AM.
monday
Egypt.






Bismillah.
Allahumasolli ala sayyidina Muhammad.
Peace be upon Him.



  • Sayu.


Baru je selesai withdraw duit. Nak bayar tuisyen,makan minum,rumah sewa, etc-etc. jalan ngan bestfriend sambil bincang about few things. Langkah kami agak perlahan. Tak tertumpu ke hadapan,Cuma mata ini perasan ade orang kat depan. Langkah kakinya  tak bermaya,perlahan. Perhatian lebih diberikan pada kawan disebelah. Tiba-tiba.. orang didepan.


 Jatuh.

 Tanpa sengaja. Tetiba senang kata. Betul-betul depan kitorang. We were stunned for a 
while.

Agak lama untuk dia bangun dan berdiri semula.. Tak kelihatan wajahnya,kerana kami berada di belakang. Lalu,disebabkan reflex action,aku bergegas menuju ke arahnya. Nak tanya,

“ are u okay?”


Sah-sah pakcik arab nie tak faham.
Nak tanya dalam bahasa arab,aku pulak tak reti. Last-last,without saying anything, aku hanya berdiri di sisinya,sambil menunjukkan reaksi dan wajah yang penuh dengan riak simpati.
Agak lama untuk dia bangun dan berdiri. Nak tolong angkat,memang taklahh. Lelaki.

Aku melihat,tangannya meraba-raba atas jalan. Mencari sesuatu. Dan dari tingkah akunya,aku tahu dia tak dapt melihat dengan jelas.
Mataku menyoroti tingkah laku pakcik ini.Terkedu saat mataku  tertancap pada satu benda.
Kelihatan kaca-kaca halus diatas jalan itu. Cermin matanya pecah.dek kerana kesan jatuh yang agak kuat.

Allah,Tuhan saja yang tahu. Perasaan ku cukup hiba pada saat itu. Dan,aku hampir menitiskan airmata,melihat keadaan pakcik yang kelihatannya seperti seorang pengemis,berjubah lusuh.

Ku tatap wajahnya.
Dan saat aku menulis ini,terbayang matanya yang bergenang airmata,serta berlinangan airmata di pipinya. 


Dia menangis!

Dia menangis!

Aku terkedu sekali lagi.

Apa yang bisa ku bantu?
Sungguh aku buntu.


Bagaimana dia ingin berjalan?? Saat matanya kabur tanpa pertolongan cermin mata.
Dan punya wangkah dia? Untuk membeli cermin mata yang baru sebagai ganti kepada yang lama. Yang memang sudah tidak dapat diguna.


Ku hulurkan bantuan semampuku. Dan setelah beberapa langkah aku meninggalkannya,aku berpaling sekali lagi. Kelihatan dia sedang menadah tangan,sambil matanya menghala ke langit. Sedang memohon pertolongan mungkin.
Dan aku yakin, Allah Yang Maha Penyayang, sedang menguji dia, juga diriku.
Sungguh,aku terkesan. Boleh jadi,yang jatuh didepanku tadi,salah seorang dari waliNya. Nampak hina,tiada kedudukan disisi manusia,namun siapa tahu dia salah seorang manusia yang punya darjat disisi Dia.


Terima kasih Tuhan. Kerana hantarkan dia sebagai peringatan. Saat yang lain memerlukan bantuan,jangan teragak-agak untuk menghulurkan bantuan,walau tika itu kita juga dalam kesempitan.


Dan jangan harapkan balasan,


***


“tadi dah donate sepuluh hinggit. Bukan ke kalau bagi satu,Allah ganti sepuluh?”


“a’ah”,


“means, aku dapat 10X10….. hah, seratus la.”

“dapat apa? Woi!! Kau nie,ikhlas la sikit. Sia-sia je bagi derma,kalau dalam hati kau tu,hanya harapkan Allah ganti dengan duit yang lebih banyak balik.”
“woi!! Kau pun ape kurangnya. Husnuzon la sikit. Aku bukan kire duit, aku kire pahala la.”


“astaghfirullah. Kalau dosa yang kau buat sehari-hari nie pon kau tak dapat kira,same goes to your pahala. Dah..takyah ingat kebaikan yang kita buat. Allah Maha Menghitung. Kau takyah susah-susah buat pening kepala nak kira. Ingat apa kita discuss dalam usrah hari tu?”


“ikhlas nie ibarat semut yang warna hitam,duk bertenggek atas batu yang jugak warna hitam.. tengah-tengah malam.”
“tau pon.”


“tapi aku pelik la..”


“apenye?”


“semut tu Nampak jalan ke? Dah semua warna hitam. Cuba kau bayang,time blackout.kalau bukan kerana lampu torchlight,takdenye kita boleh Nampak,kan?”


“woi,, apesal kau pikir jauh sangat ah? Tu perumpaan jela,nak cakap betapa dalamnya makna ikhlas.”


Ikhlas. Semoga Allah golongkan kita dalam golongan orang-orang yang mukhlasin. Iaitu,hamba-hambaNya.. yang Dia ikhlaskan. inshaAllah.



10:29 pm.
Sunday.

Egypt.

Jumaat, 21 Februari 2014

perjalanan.. inshaAllah menuju Tuhan. :)

Dengan nama Allah,yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang menguasai seluruh alam.
Selawat dan salam keatas Baginda Nabi Muhammad Salahualaihiwassalam.
Sungguh,aku rindu.
                                          
**

Tulis.
Padam.
Tulis lagi.

Okay,kali ni tak padam dah.

Ku tatap keypad,
“apa nak ditulis? Apa nak diluah? Apa nak dikongsi?”

subhanaAllah. Bukan kerana buntu dek kekeringan idea,atau kekosongan jiwa. Namun,kerana…..terlalu banyak cerita,info,maklumat yang aku sendiri tahu,perlunya aku untuk berkongsi. Tidak berkisar tentang pengalaman dan my life flow sahaja,dan sebenarnya,lebih kepada hal dan bencana yang menimpa umat islam sekarang .Namun,aku belum sedar. Perlunya aku untuk menulis. Buktinya??
Blogku lama tak dibuka,post terakhir.. bagiku,tiada makna atau mungkin kurang isinya. Dek kerana kekangan masa.

*
Tergopoh gapah keluar dari kediaman,
“ya Allah,nasib baik dekat je tempat tuisyen nie”
Tuisyen yang aku hadiri,diajar khas oleh doctor Arab,yang fasih berbahasa inggeris.

Baru berusia 35 tahun,namun sudah punya phD dalam bidang General Surgeon. Means that,he can be specialist in all field in medicine. Tak ramai. Kerna tak mudah.
Baru 35 tahun. Cukup bangga dan bersyukur,punya peluang berguru dengan beliau. And yet I realised,when we are teached by someone which having so much knowledge,more than what we need (DR, can give me a lecture about real surgery and etc.), we will get something which other else cant have.
Errrr..macam tak berapa faham,kann?? Nevermind.

Duduk. Sambil tunggu DR.,sambil belek facebook.
Eh. Ade text.

From someone that I miss so much.. trying to fulfil her wish.
*

Jam pukul 11.30 mungkin. Review balik aktiviti hari ini.
-Study.
-Tuisyen.
-Meeting (terpaksa cancel kerana kesuntukan masa)
-Forum berkaitan masalah ummah.

And, non-stop.

Balik rumah only for few minutes. Then go out again.

Letih?? Allah je yang tahu.

Lapar?? Balik rumah dalam keadaan terketar-ketar. Kerana lapar.

Ngantuk?? Tengok katil rasa cam nak terjun teros.
Tapi……..

Saya puas. Puas kerana masa saya,tenaga saya,kepenatan saya.. luangkan untuk sesuatu yg bermanfaat bukan hanya pada saya semata,atau umie abah sahaja,atau untuk dunya..
Tetapi,untuk ummah yang mesti saya jaga,mesti saya fikir sepanjang masa,mesti saya korbankan segalanya.. demi  Allah dan Rasulullah yang tercinta. Allahumma Amiin.
inshaAllah.

“akhirat diutamakan,tetapi dunya tak diketepikan”
Motto saya. Haha. Baru dicipta.
Allah…
 Punya banyak untuk dikongsi. Saya cuba. Terjemah dan menyampaikannya, semampu saya.

**

Aku sayang dia. Sepupu,sahabat,saudara terdekat. Paling akrab. Paling rapat.
Sesal. Aku sesal.
Malu. Aku malu.
Kerna,dua tahun aku hidup dan bersekolah bersama,ku rasa,tiada sesaat pun detik aku membuat dia bahagia. Benar-benar bahagia.

Namun,yang lebih aku sesal,yang mampu buat aku mengalirkan air mata..

Aku sesal kerna aku pernah membuat hatinya terluka. Meski aku sendiri tak pasti,bila atau bagaimana? Aku tetap sesal dan sedih.. kerna tak mampu menjadi tempat untuk dia bersandar,tika ujian datang melanda.

Setahun tinggal bersama, banyak aku pelajari dari dirinya.
Buat kamu yang aku pasti akan membaca post kali ini,inshaAllah.

Aku berharap,
Allah menerima doaku,
Memakbulkan segala doaku,
Agar ia bisa menjadi satu “kekuatan dalam diam”
Mungkin doaku ini, tak sehebat doa yang dipanjatkan umi abi mu,
Atau sahabat yang akrab denganmu,
Kerna mereka lebih baik dariku,
Namun.inshaAllah.
Pabila doa doa bersatu,
ia akan menjadi padu.
Menenangkan dirimu,
Sesuatu yang sukar dirasa senang,
Sesuatu yang sempit dirasa lapang

inshaAllah.
*

Eh.
Kotak merah timbul dari papan pemuka fb ku.
Text.
Ku buka. Aku senyum. Sepupuku,aku juga pernah berada di tempatmu. 5 tawaran,namun hanya satu yang bisa menjadi pilihan.  

3 luar Negara. 2 dalam Negara.

Akhirnya??

Takde keje lain dah.
Nanges. Nanges lagi.

“Allah,kenapa begini sukar?”
“Zahra tengok macam susah sangat je Mia nak pegi Egypt?”
Kata roomateku.
Ya. Aku akui. Tawaran yang lain semua sudah ku tolak. Hanya dua. Upm atau Egypt?
Akhirnya ku pilih Egypt. Entah kenapa? Bagaimana? Mengapa??

Entah. Jawapan mudah. Ringkas.
Namun aku tahu,jawapan itu sekadar meloloskan diri.
Hampir 5 bulan di bumi ini,aku bagaikan sukar untuk berkongsi rasa,pengalaman,dan hari hari yang aku lalui disini. Kerna…

“ayuny, rasa tak apa yang saya rasa?” tanyaku.
“rasa apa?”

“betapa bertuahnya kita dipilih Allah untuk ada kat sini.”

“dalam jutaan pelajar,kita yang terpilih”sambungku.

“dooh. (sangat). Kita tak dapat nak gambarkan perasaan,atau nak ceritakan pada orang lain. Mereka kene ade sendiri kat tempat ni,dan rasa sendiri. Bestnye duduk sini.”

Perbualan kami terhenti. Dah sampai destinasi. Dan aku senyum.

Allah , nikmat apakah ini? Bukan maksudku bertanya dalam keadaan “kenapa??’”

Tetapi kerna aku rasa tak layak sebenarnya.

inshaAllah. Akan ku jawab,dan berkongsi cerita tentang kehidupanku di bumi kinanah ini. Serba sedikit,mungkin bisa membuat hatimu tenang,menjawab persoalan, kearah mana dikau selepas ini… inshaAllah

cerita yang akan aku ceritakan ini,lebih kepada program-program disini. Jadual kami pelajar medic,sangat berbeza dengan pelajar agama, atau kami gelar ‘dirosa’’. Sejujujrnya,bukan untuk memuji atau bangga,namun program agama pelajar perubatan lebih hebat katanya
berbanding pelajar agama.

“disini saya nak tegur dan ingatkan pelajar2 agama,saya tengok pelar medic lebih bersungguh-sungguh dalam mengejar ilmu agama. Jangan sampai kita pelajar agama………..” kata seorang panel yang merupakan ustaz yang aku segani kerna ilmunya beberapa hari yang lalu.
Dan…aku bersyukur,dan mengerti serta berjanji,takkan pernah berhenti bersyukur. Kerna diberi kedua-dua. Medic dan agama.

Kata seorang kakak,
“kita pelajar medic nie boeh dapat dua-dua. Medic dan agama. “

Sejujurnya sepupuku, medic disini bukan seperti di Malaysia. Disini,asal kamu sanggup mengorban masa lapangmu,kamu bisa dapat kedua-dua. Aku tahu,targetnya kamu pada agama,namun entah kenapa,aku rasa betapa beruntungnya ummah,jika seseorang sepertimu..yang hebat pada pandangan mataku, mengambil kedua-dua. Medic dan agama. Dua benda dalam satu masa.
Kenapa aku usulkan ini? Kerna aku tahu kamu mampu buat kedua-dua.

Sepupuku,ini Cuma pendapat ku sahaja. Angan-angan ku sebenarnya. Kerna aku tahu,minat mu tidak pada medic.
*Angan-angan saya sahaja ye??* haha

*
1. kediaman.
Bagi anak Kelantan, wisma Kelantan adalah antara kediaman termewah disini. Sebelum sampai disini,

“mia,whatever the condition is (wisma Kelantan), terima dengan hati redha. Buruk staro mano pon,cuba belajar redha.” Pesanku kepada diriku.

“kak,kat mana tandas? Nak guna.”
“oohh,adek pegi………”
*

Fuhhh…ade lift siap. Hebat. I like.
masuk salah satu rumah dalam wisma nie,nak tumpang tandas, memang….

I can say, it much much more better than what I have imagine.

*
2. Universiti Al –azhar.
Guess what? Just one day kitorang sampai Egypt nie,dah kene pegi class.
“what????”
Hampir terkeuar anak tekak. Dah nak kene pegi kelas?
Well,actually lewat seminggu dah.

Sampai U, terlopong. Ni ke al-Azhar?
Fuhhh,…sangat.
Sangat.
Zuhud. Kholas.

Masuk class..
“matilah aku. Tak paham pape. Bahasa inggeris DR. pelik doe. Cane nie?”
Meluah rasa. Dalam masa yang sama,berkongsi rasa takut plus bimbang dengan kawan kat sebelah.
How can I survive??
Salah satu ayat yang takleh aku lupa,
“why r u accumulating infront?”,laung salah seorang prof kami.

Gelak satu lab. Ayat paling science pernah aku dengar.
Haha.

X_X

Sungguh,bumi ini kaya dengan ilmu.
“carilah mutiara-mutiara ilmu,disebalik debu-debu tanah,di bumi ini”
Tagline mesir.

-ustaz don daniyal bijayid datang bagi talk. Bukan tu je,actually his wife just graduate dari Ainsyam tak silap,then he just have a baby boy. Alhamdulillah.

Akhir talk dia, he share with us 2 stories..yang memang buat aku sedar,betapa besar masalah ummah sekarang. Social,zina berleuasa. Di akhir katanya,

“saya tak mampu nak buat ni sorang-sorang”
Hiba nada suaranya. Cukup buat aku sedar, dia perlukan kami,untuk sama-sama dalam perjuangan menyelamatkan ummat akhir zaman nie.

Actually banyak lagi yang beliau kongsi. Terlalu banyak.
Tapi, kene stop dulu. Ahli smart circle sedang menunggu.
Eheh.


Okay. Sambung balik. mashaAllah,banyak perkongsian dan info dari smart circle tadi. Sungguh..subhanAllah.

………
Ku imbau kembali. Program-program yang aku hadiri,lebih kepada program yang menguatkan akidah dan memantapkan keyakinan.  Beberapa hari lalu,ustaz Dusuki (selebriti yang sedang meningkat naik) hadir untuk kuliah dhuha. Dapat memberikan ceramah sekitar 1 jam sahaja. Kerna harus bergegas ke airport.
Penyampaian beliau tipu jika saya kata biasa-biasa. Kerna memang agak luar biasa. Santai namun sentap. Jenaka namun bisa membuka mata.
Buku nota ku belek. Mencari point untuk dikongsi.
Ohh.. nie pon bagus.

Kenapa hati sangat,amat,penting untuk dijaga??
-kerna hati….. tempat Allah memandang. Lalu,hadis yang cukup masyhur dibaca.
“sesungguhnya,Allah tidak melihat kepada wajah atau harta benda,tetapi Allah melihat kepada hati kamu”
p/s: lebih kurang begitulah.

-hati adalah raja kepada tubuh badan. Bak kata Mato..
Okay. Saya sedih sekarang. Dan shocked dengan berita yg diterima.. lupakan tentang kata-kata mato.

-hati adalah tempat bertarung between malaikat and syaitan Laknatullah.
-dan…….hati, tempat simpannya  IMAN.

See? U got it? Okay.

Kemudian,program diteruskan.. menghadiri 2 forum berkaitan ideologi.

Ideology?? Tidakkah kalian perasan?? Sekarang kita berada di medan perang?? Ya

Ya.
Sedang berperang. Ghuzwatun fikr. Perang fikiran.

Betapa liciknya musuh kita..menyerang dalam keadaan kita bagai dibius buat sementara. Sementara??
Walau hampir berdekad lamanya.  Allah…..

Tak terdaya rasanya untuk menulis. Kerna tanggungjawab yang ku rassa cukup besar,.yang belum mampu untuk ditunaikan. Namun sampai bila? Dan jika bukan kita,,siapa??

Aku jadi sebak. Teringat arwah Ammar. Allah,ummah perlukan insan seperti dia… 

Allah…

Jika di search dalam youtube..ramai ‘orang islam’ yang sedang menjatuhkan islam. Dek kerana ketandusan fikiran. Dibilangnya telah mengkaji 20 tahun al-quran,namun tak pernah terjumpa ayat yang menyuruh perempuan mengenakan tudung di kepala..

Kata ustaz semalam..
“bagaimana nak jumpa? Jika tafsirnya diambil dari cetakan orang putih. Belajar arabnya tidak. Sesuatu perkara mesti dirujuk kepada orang yang pakar dalam perkara tersebut. Medic sendiri,punya pakar jantung,pakar sakit puan dan sebagainya. Begitu juga dalam kita menfsirkan al-quran..mesti dikaji tentang sebab nuzul.. dan dikaji ayat-ayat sebelumya. Serta berjumpa para alim ulama.”

Banyak. Terlalu banyak persoalan yang dijawab para panel yang memang hebat dan tinggi ilmu mereka.

Pabila datang suatu berita,atau video yang mencabar keimanan kita..yang terkadang buat kita kata..

“a’ah lah. Betol jugak.”

Jangan goyah!! Inilah serangan pemikiran yang dibawa oleh musuh-musuh kita.

Satu lagi.. betol. Islam memang menyuruh kita membaca. Bukankah surah pertama ialah surah berkaitan membaca??

Namun,seperti yang ditulis diatas, kaji ayat sebelum dan selepasnya..

1)iqra’
2) bismirabbikallazi kholak.
(dengan nama TUhanmu…………)
Means,baca sesuatu yang kembali atau refer atau diguide dengan nama Allah yang Maha Besar.

Okay. Banyak. Sampaikan balik sahaja dari forum, seorang kakak berkata:

“balik ni mesti takleh tido. Memikirkan masalah ummah.”

 Dimana kita? Apa langkah seterusnya?

Allah…..

.

Sepupuku.. jika aku ditempatmu. Takkan aku teragak-agak untuk memilih Mesir sebagai tempat seterusnya untuk aku menadah ilmu. Mesir….punya sesuatu yang takkan mampu, diberi atau dibeli oleh seseorang.

Ya.

Keberkatan. Yang hanya dirasai.. mereka-mereka yang DIA pilih. Untuk merasai, istimewanya bumi ini.

Salam sayang,

J

Isnin, 3 Februari 2014

Alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Ilahi. Sebab bagi saya menulis lagi..setelah hampir bukan berminggu,malah berbulan lamanya.. tidak menaip seperti ini.. fuhh ayat, skema habis.

Okay. Wahai hati,sabar.

“yang nie dulu”                 

“hishh.. mane lebih aula. Topic nie duu lahh”

“kot ye pun.sabar ahh. Tulis yang nie dulu”

Cukup. Cukup. Cukup.
Baiklah. Let me settle this down.

First .. inshaAllah.. I wil write down about.. this topic first.
.

                                 
                                  BLOGGER=DAI’E


Menarik bukan?? Haha. Ye. Saya tahu. Terserempak dengannya sewaktu membelek sebuah buku.

Beliau adalah seorang daie yg hebat pada kaca spec mata saya. (even sometimes.. he keep writing about his family)
And yet… I realised that.. theres soo many ibrah we can take from his story. Even he keep talking about himself.

Okay .start


Buku itu ku belek. Sedih. Sibuk nya diriku..sampai terkadang buku ini seolah2 menjadi perhiasan rak buku. Sahaja.. sungguh tak ku nafi..jadual class yang pack,lab dan ditambah dengan perkara2 lagha..membuatkan jari jemari runcingku ini.. tidak punya masa untuk membelek buku2 sebegini. Buku2 yang aku yakin..mampu membuat hati ku terdetik,lantass bertanya,


“iman.. apa khabarmu?’


Cover buku itu pun tak sempat ku telaah. Lama ku tenung,
Gambar batu bata tersusun. Cukup untuk memberi maksud.. kehidupan kita,yang punya banyak ruang dan benda perlu diisi..untuk melengkapi susunan itu..agar menjadi sebuah binaan yang diimpi. Jika punya satu kekosongan..maka akan lompong lah binaan itu. Pada bahasa..tidak sempurnalah binaan  tersebut.


See?? Baru cover. Tak masuk isi lagi. Sentap beb.

Lalu ku belek lagi..terus ke tajuk pertama. Ahh.. sebahagiannya sudah ku baca. Namun masih tetap lupa. Manusia.

Pada baris ayat ayat itu..ku tanda dengan berbagai warna. Point-point penting. Agar mudah ku buat revisi.

Tertarik pada sekeping kertas purple.tertampal di belakang cover buku tersebut. Aku rindu pada pengirimnya.

“buku ni,buat santapan hati dan rohani ya??sehelai/satu muka pon dah ok.jgn bagi otak penuh dgn ilmu,tapi hati dan rohani kosong,ok??”

Hampir leleh. Rindu.


Mataku tertancap pada salah satu tajuk besar di bahagian kandungan.


“blogger=dai’e”


Cepat2 ku belek.. m/s 226


Manfaat:

“manfaatnya,nanti,apabila rating blog kita naik,apabila orang taip “kekecewaan”,Google akan menyarankan blog kita.maka,dapatlah dia mengendalikan kekecewaanya,dengan fikrah jelas yang kita berikan kepadanya."


Nampak?? Saya tahu,mungkin..kala ini, tiada siapa yang membaca taipan tangan saya ini.. haha. (Punyalah banyak blog atas dunya nie. Tu tak dicampur  dgn yg famous amos lagi. Blog saya nie..haha. mmng takde saingan dan tandingan,)

 Tapi,harus dan mesti diingatkan. Allah pandangkah pada keberhasilan?  Pada saya.. untuk menyatakan tidak semata-mata.tidak juga. Tetapi.. Allah pasti memandang pada….. usaha. Ya. Kepada mereka yang senasib dengan saya..jangan bimbang jika tiada pembaca..kerna ini juga boleh dijadikan hujjah dihadapannya. Bahawa kita cuba menjadi penyampai untuk menyampaikan. Nah…. Sunnah bukan?? Salah satu sifat Rasulullah SAW.. adalah menyampaikan. InshaAllah.


2)BUKAN SEKADAR TREND

“kita perlulah keluar dari berblog sekadar trend kepada berblog dengan serius untuk ISLAM.”
Tanyakan…

~“adakah blog aku ini bermanfaat untuk islam?”

~“apakah blog aku ini syarak?”


Okay.  Yang nie agak sentap.



~“bagaimana kita jalankan blog kita? Konsistenkah??”


Bagaikan kene pelempang. Baiklah. Saya terase. Haha


“kalau benar hendak menjadikan blog kita satu dakwah,konsistensi adalah apa yang kita perlukan”

Perghhh..

*tarik selimut*
Malu…….



Ku pandang buku itu. Lama. Punya banyak makna dan hikmah didalamnya. Penerangan panjang lebar oleh saudara seislamku.. akhi Hilal Asyraf mampu membuatku termenung seketika.

*iklan: sila dapatkan buku ini*


Maka.. hati mula bertanya. Wahai Aulia Mahsyar, bersediakah kamu? Mengorbankan sedikit waktu.. menulis sesuatu yang dapat memberi sedikit ibrah atau kebaikan buat ummah ini??”

Sungguh.. indeed. For me to istiqomah in blogging..is noooooot easy. Medic is something I have to work hard for.

“budak mato,how u did this??”

Wish could ask him. See him. Maybe not in this world,but I pray for him..for such a good writing he did, banyak..malah jika saya “down”..one of the option. Is his blog.

Semoga Allah Taala redha. 

Bukan pujian mahupun “keglamoran” yang ku pinta,
Cukuplah sekadar amalan ini dilihat dan diterima olehNya.

22:02 pm
02/02/14.