Jumaat, 11 April 2014

Ter-biyah



Bismillah.

Satu persatu helaian matsurat aku selak. Mencari ketenangan,yang beberapa hari lately nie menghilang. Entah. Tak tahu kenapa,hati rasa gelisah, jiwa rasa resah. Kosong. Kosong. Macam….. kotak yang sepatutnya boleh isi banyak benda,tapi tak terisi. Makanya,jadilah kotak itu kotak yang sia-sia. Takleh isi barang pape. Dan, bila dah takde barang dalam kotak tu, ringanlah maknanya kan? Means, datang benda lain hempap sikit,dah jatuh. Tergolek atau kemek atau terbalik.

Dan,along the time lah, aku cuba mencari.. sebab asbab yang buat aku rasa kosong. Bukan. Bukan kosong maksudnya duduk lenggang kaki sambil layan cerita P.Ramlee. (eh, logic ke?) . kalau nak cakap waktu.. memang takde waktu kosong. 8am till 5am class. 5.30 until night, tuition. Memang fully booked. Allah.


***

“apa kita cari dalam hidup sebenarnya?”


Sentap. Padu soalan tu. Tanya kawan sebelah. Orangnya biasa-biasa. She’s right now searching for something,which is..can make her understand more about Islam.

“redha Allah.” Jawabku ringkas.


Aku..kelu. menyesal tahap gaban. Kenapalah tak prepare awal-awal jawapan bagi soklan macam ni. I mean, faham tak?? Inilah the right time untuk kita laksanakan amanah kita. Sebagai khalifah atas muka bumi ni. Chance tu besar sangat. Untuk aku tarik dia sikit-sikit. Maksudnya, kalau aku dapat bagi jawapan sepadu soalan yang dilontarkan, bukan untuk my satisfication, tapi sebab aku nak kawan-kawan aku turut faham, what is our “true” purpose in this life.


Soalan tu, seolah-olah macam tanya,


“apa tujuan kita hidup?”


Perhaps,for some people.. akan cakap,

“weh,soalan punya lah mudah. Kalau soalan anatomy that need you to hafal all those berangkai and complicated things kau boleh hafal,takkan soalan semudah nie boleh buat kau blank? Come on lah, jawab jelah,
“cari redha Allah.”


Well bro. its not as easy as what you think. Memanglah. Cari redha Allah. Kalau kita yang faham maksud mendalam dan sebenar dia apa takpelah nak jawab straight forward macam tu, tapi for those yang baru nak mula langkah, baru mula nak kenal makna sebenar kehidupan nie.. that answer is more complicated and susah than soalan physio segala bagai.

fuhh..


Balik kelas, still teringat dan terngiang-ngiang soalan tu. Rasa bersalah pada diri sendiri, pada kawan aku tu dan semestinya.. pada DIA YANG SATU. ALLAH.. yang mana, redha DIAlah yang kita cari sebenarnya.

Rasa macam, I lose the chance. Sebenarnya, aku baru rasa and ter-rasa. Betapa .. dakwah dan tarbiyah ini, tak semudah yang kita sangka. Well, we are not facing the machine or heartless thing, but we are facing with human. And human being nie banyak jenis. Ade yang bila nak bukak je tazkirah, terus melenting, ade yang baru nak tegur sikit, eh. Dia tegur kita balik.


“kau dah cukup bagus ke? Tu cermin tuh, orang cipta suruh kita tengok diri sendiri. Bukan jaga tepi kain orang lain”


 Padu ayat dia. Kak kiah, “kubur masing-masing” punya ayat tu dah lapuk dah. Sebab sekarang orang dah faham, physicalnya nampak cam kubur kita nanti nie.. liang nya lain-lain. Tapi hakikatnya tidak kak Kiah oii. Kalau sampai ke akhirat sana lain-lain takpe, tapi the problem is.. dekat ‘sana’ nanti,saya pun kena sama,kalau amanah dan tanggungjawab saya keatas awak tak terjaga.Allah dah amanahkan untuk saya.. supaya mengajak orang kearah kebaikan. Atau kata islamiknya.. tarbiyah. Okay,not just only me. Kita semua sebenarnya. Maka, nak taknak. Kene laksanalah. Demi ape?  Demi Redha Allah.


“dakwah tarbiyah yang sebenar, adalah apabila kita keluar dari zon selesa.”
Kata seorang akhi.

Kalau dulu, baca.

“kita semua nie, adalah dai’e. pendakwah.”

“seorang pendakwah yang sejati,dia tak mudah rebah”

“weh, asal cepat mengalah? Nak jadi pendakwah kene tabah,kuat”


Then, I was thinking. Is it so hard untuk dakwah-dakwah segala bagai ni??

“Apa yang susah sangat. Bercakap je pun. Bagi ayat Quran sikit. Keluarkan hadis sikit. Dahlah. Jangan nak payahkan benda yang mudah boleh tak?”


Perghhh. Memang rasa nak bagi pelempang. Pada diri sendiri. Sungguh,time tu tak faham dooh, what is dakwah tarbiyah.At that time lah. Sekarang??

Hurm. Lebih dari faham. Betapa…. tak. Bukan nak cakap betapa susah. Tukar ayat. Betapa mencabarnya mnejadi seorang pendakwah.

Allah, ya Rabbuna. Yusahhillana.

Jazakallah.

5:51am (Malaysia)
11/4/2014



Tiada ulasan:

Catat Ulasan