Isnin, 31 Mac 2014

Bismillah,


Terkedu. Mh370,yang ku nanti akan kepulangannya.. dah disahkan terhempas di laut Hindi.

Syahdu. Saudara-saudara seIslamku bakal mengakhiri hidup mereka di tali gantung. Hanya kerana,,mereka mempertahankan perkara yang hak,dan menegah sekeras-kerasnya.. perkara yang batil.

Allah.. aku buntu. Harus bagaimana aku bantu.
Allah.. aku sedih, atas pemergian saudara-saudaraku.

*

“if a person,has a diaphragm paralysis.. can he survive or he will die? “

“die!”

 jawabku pantas. Dengan penuh yakin dan ekspresi wajah yang memang cukup yakin dengan jawapanku.



“no, he will survive.”

Diam. Malu.


“because,the diaphragm is not essential.and if it is affected.. the costal breathing can maintain life” jawab Doktorah .


Persoalan terjawab. Aku tidak malu untuk salah. Kerna memang kami baru sahaja memulakan tajuk itu. Sejujurnya.. aku Cuma meneka. Dan, aku ingin mengajar diri ini.. erti keberanian. Cuba walau kamu tak tahu apa hasilnya. Sekurang-kurangnya, kamu mencuba.


“begitu Allah nak jaga kita. Perasan tak, mechanism badan kita nie,, Allah letak banyak tahap, kalau yang nie rosak.. ade system lain yang akan ambik alih.”
Aku toleh ke tepi. Terpana seketika. Pandangan mula redup. Hati mula sayu.


Alia.. sahabat karibku. Seorang hafizah. Pabila seorang mukminah itu,melihat sesuatu dengan mata hati.. bukan membuta tuli. Maka lahirlah kata-kata yang cukup menyentuh hati.


“eh.. bakpo nangis ni?”


“yaaaa…”



Tidak. Bukan aku yang mendengar. Tapi dia yang berkata-kata itu yang mengalirkan air mata. Allah. Lembutnya hati dia. Semudah itu untuk dia mengalirkan airmata. 

Dan.. sesungguhnya. Orang yang beriman itu, lembut hatinya. Ditegur sedikit sahaja oleh Pencipta. Sudah bisa mengalirkan airmata. Airmata cinta. Kerana mengingati Dia yang Maha Berkuasa.


“a’ah. Betapa Allah sayang pada kita. Betapa Dia nak jaga kita. Betapa Dia nak selamatkan kita. Benarlah.. manusia itu sendirilah yang merosakkan dunia.” Bisik hati.


Lecturer dihadapan sudah tidak diberi perhatian lagi, layan perasaan hati. Airmata nie…. Susahnya nak keluar. Cuma bergenang dibirai mata. Mungkin…… kerna kosongnya jiwa??


“lihat sesuatu dengan mata hati. Cahaya Ilahi. Macam mana nak cahaya nie masuk ke hati?”


“dengan penyucian jiwa. Dan bertaubat atas segala dosa.”


Dan hari ini.. aku lalui dengan mengingati diri.. betapa Allah sayangkan kamu. Wahai manusia yang tak tahu bagaimana untuk bersyukur. Luahan Alia tak berhenti disitu….


“macam-macam Allah bagi, tapi kenapa kita tak tahu nak mensyukuri?”

Cukuplah. Perbualan singkat ini,menjadikan hati ku kembali untuk mengingati.. betapa alpanya diri.


Lately,,banyak prkara yang menganggu fikiran. Dengan tubuh yang letih.. dari pagi hingga ke malam.

Pagi, keluar rumah seawal 8. Balik, pukul 4. Hampir 8 jam di Universiti. Dan sehampir itulah aku mengingati diri..

“cari ilmu Lillah. Kerana Allah. Sabarlah diri. Kamu Cuma diminta untuk pergi balik kuliah tiap-tiap hari je. Bukannya disuruh angkat M16. Bukannya disuruh berlari kesana ke mari. “
Bisik hati.

Hidup nie singkat. Banyak benda yang kene buat. Banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Banyak amanah,yang perlu ditunaikan.


Dan aku mahu ada pada Zaman, dimana…. Umat Islam tak lagi berkelahi sesama sendiri. Zaman dimana, umat Islam kembali menakluki dunia ini. Zaman dimana, umat Islam. Berjaya mengulang kembali.. kegemilangannya.. suatu masa dahulu. Kamu harus tinggalkan segala kesenangan duniawi. Dan bergerak menuju ukhrawi.  Mulai dari, detik ini. Wahai diri.


25/3/2014.

5.37 pm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan