Bismillah.
Allahumasolli
ala sayyidina Muhammad.
Peace be
upon Him.
- Sayu.
Baru je
selesai withdraw duit. Nak bayar tuisyen,makan minum,rumah sewa, etc-etc. jalan
ngan bestfriend sambil bincang about few things. Langkah kami agak perlahan.
Tak tertumpu ke hadapan,Cuma mata ini perasan ade orang kat depan. Langkah
kakinya tak bermaya,perlahan. Perhatian
lebih diberikan pada kawan disebelah. Tiba-tiba.. orang didepan.
Jatuh.
Tanpa sengaja. Tetiba senang kata. Betul-betul
depan kitorang. We were stunned for a
while.
Agak lama
untuk dia bangun dan berdiri semula.. Tak kelihatan wajahnya,kerana kami berada
di belakang. Lalu,disebabkan reflex action,aku bergegas menuju ke arahnya. Nak
tanya,
“ are u
okay?”
Sah-sah
pakcik arab nie tak faham.
Nak tanya
dalam bahasa arab,aku pulak tak reti. Last-last,without saying anything, aku
hanya berdiri di sisinya,sambil menunjukkan reaksi dan wajah yang penuh dengan
riak simpati.
Agak lama
untuk dia bangun dan berdiri. Nak tolong angkat,memang taklahh. Lelaki.
Aku melihat,tangannya
meraba-raba atas jalan. Mencari sesuatu. Dan dari tingkah akunya,aku tahu dia
tak dapt melihat dengan jelas.
Mataku
menyoroti tingkah laku pakcik ini.Terkedu saat
mataku tertancap pada satu benda.
Kelihatan
kaca-kaca halus diatas jalan itu. Cermin matanya pecah.dek kerana kesan jatuh
yang agak kuat.
Allah,Tuhan
saja yang tahu. Perasaan ku cukup hiba pada saat itu. Dan,aku hampir menitiskan
airmata,melihat keadaan pakcik yang kelihatannya seperti seorang
pengemis,berjubah lusuh.
Ku tatap
wajahnya.
Dan saat aku
menulis ini,terbayang matanya yang bergenang airmata,serta berlinangan airmata
di pipinya.
Dia
menangis!
Dia
menangis!
Aku terkedu
sekali lagi.
Apa yang
bisa ku bantu?
Sungguh aku
buntu.
Bagaimana
dia ingin berjalan?? Saat matanya kabur tanpa pertolongan cermin mata.
Dan punya
wangkah dia? Untuk membeli cermin mata yang baru sebagai ganti kepada yang
lama. Yang memang sudah tidak dapat diguna.
Ku hulurkan
bantuan semampuku. Dan setelah beberapa langkah aku meninggalkannya,aku
berpaling sekali lagi. Kelihatan dia sedang menadah tangan,sambil matanya
menghala ke langit. Sedang memohon pertolongan mungkin.
Dan aku
yakin, Allah Yang Maha Penyayang, sedang menguji dia, juga diriku.
Sungguh,aku
terkesan. Boleh jadi,yang jatuh didepanku tadi,salah seorang dari waliNya.
Nampak hina,tiada kedudukan disisi manusia,namun siapa tahu dia salah seorang
manusia yang punya darjat disisi Dia.
Terima kasih
Tuhan. Kerana hantarkan dia sebagai peringatan. Saat yang lain memerlukan
bantuan,jangan teragak-agak untuk menghulurkan bantuan,walau tika itu kita juga
dalam kesempitan.
Dan jangan
harapkan balasan,
***
“tadi dah
donate sepuluh hinggit. Bukan ke kalau bagi satu,Allah ganti sepuluh?”
“a’ah”,
“means, aku
dapat 10X10….. hah, seratus la.”
“dapat apa?
Woi!! Kau nie,ikhlas la sikit. Sia-sia je bagi derma,kalau dalam hati kau
tu,hanya harapkan Allah ganti dengan duit yang lebih banyak balik.”
“woi!! Kau
pun ape kurangnya. Husnuzon la sikit. Aku bukan kire duit, aku kire pahala la.”
“astaghfirullah.
Kalau dosa yang kau buat sehari-hari nie pon kau tak dapat kira,same goes to
your pahala. Dah..takyah ingat kebaikan yang kita buat. Allah Maha Menghitung.
Kau takyah susah-susah buat pening kepala nak kira. Ingat apa kita discuss
dalam usrah hari tu?”
“ikhlas nie
ibarat semut yang warna hitam,duk bertenggek atas batu yang jugak warna hitam..
tengah-tengah malam.”
“tau pon.”
“tapi aku
pelik la..”
“apenye?”
“semut tu
Nampak jalan ke? Dah semua warna hitam. Cuba kau bayang,time blackout.kalau
bukan kerana lampu torchlight,takdenye kita boleh Nampak,kan?”
“woi,,
apesal kau pikir jauh sangat ah? Tu perumpaan jela,nak cakap betapa dalamnya
makna ikhlas.”
Ikhlas.
Semoga Allah golongkan kita dalam golongan orang-orang yang mukhlasin.
Iaitu,hamba-hambaNya.. yang Dia ikhlaskan. inshaAllah.
10:29 pm.
Sunday.
Egypt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan