Jumaat, 21 Februari 2014

perjalanan.. inshaAllah menuju Tuhan. :)

Dengan nama Allah,yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang menguasai seluruh alam.
Selawat dan salam keatas Baginda Nabi Muhammad Salahualaihiwassalam.
Sungguh,aku rindu.
                                          
**

Tulis.
Padam.
Tulis lagi.

Okay,kali ni tak padam dah.

Ku tatap keypad,
“apa nak ditulis? Apa nak diluah? Apa nak dikongsi?”

subhanaAllah. Bukan kerana buntu dek kekeringan idea,atau kekosongan jiwa. Namun,kerana…..terlalu banyak cerita,info,maklumat yang aku sendiri tahu,perlunya aku untuk berkongsi. Tidak berkisar tentang pengalaman dan my life flow sahaja,dan sebenarnya,lebih kepada hal dan bencana yang menimpa umat islam sekarang .Namun,aku belum sedar. Perlunya aku untuk menulis. Buktinya??
Blogku lama tak dibuka,post terakhir.. bagiku,tiada makna atau mungkin kurang isinya. Dek kerana kekangan masa.

*
Tergopoh gapah keluar dari kediaman,
“ya Allah,nasib baik dekat je tempat tuisyen nie”
Tuisyen yang aku hadiri,diajar khas oleh doctor Arab,yang fasih berbahasa inggeris.

Baru berusia 35 tahun,namun sudah punya phD dalam bidang General Surgeon. Means that,he can be specialist in all field in medicine. Tak ramai. Kerna tak mudah.
Baru 35 tahun. Cukup bangga dan bersyukur,punya peluang berguru dengan beliau. And yet I realised,when we are teached by someone which having so much knowledge,more than what we need (DR, can give me a lecture about real surgery and etc.), we will get something which other else cant have.
Errrr..macam tak berapa faham,kann?? Nevermind.

Duduk. Sambil tunggu DR.,sambil belek facebook.
Eh. Ade text.

From someone that I miss so much.. trying to fulfil her wish.
*

Jam pukul 11.30 mungkin. Review balik aktiviti hari ini.
-Study.
-Tuisyen.
-Meeting (terpaksa cancel kerana kesuntukan masa)
-Forum berkaitan masalah ummah.

And, non-stop.

Balik rumah only for few minutes. Then go out again.

Letih?? Allah je yang tahu.

Lapar?? Balik rumah dalam keadaan terketar-ketar. Kerana lapar.

Ngantuk?? Tengok katil rasa cam nak terjun teros.
Tapi……..

Saya puas. Puas kerana masa saya,tenaga saya,kepenatan saya.. luangkan untuk sesuatu yg bermanfaat bukan hanya pada saya semata,atau umie abah sahaja,atau untuk dunya..
Tetapi,untuk ummah yang mesti saya jaga,mesti saya fikir sepanjang masa,mesti saya korbankan segalanya.. demi  Allah dan Rasulullah yang tercinta. Allahumma Amiin.
inshaAllah.

“akhirat diutamakan,tetapi dunya tak diketepikan”
Motto saya. Haha. Baru dicipta.
Allah…
 Punya banyak untuk dikongsi. Saya cuba. Terjemah dan menyampaikannya, semampu saya.

**

Aku sayang dia. Sepupu,sahabat,saudara terdekat. Paling akrab. Paling rapat.
Sesal. Aku sesal.
Malu. Aku malu.
Kerna,dua tahun aku hidup dan bersekolah bersama,ku rasa,tiada sesaat pun detik aku membuat dia bahagia. Benar-benar bahagia.

Namun,yang lebih aku sesal,yang mampu buat aku mengalirkan air mata..

Aku sesal kerna aku pernah membuat hatinya terluka. Meski aku sendiri tak pasti,bila atau bagaimana? Aku tetap sesal dan sedih.. kerna tak mampu menjadi tempat untuk dia bersandar,tika ujian datang melanda.

Setahun tinggal bersama, banyak aku pelajari dari dirinya.
Buat kamu yang aku pasti akan membaca post kali ini,inshaAllah.

Aku berharap,
Allah menerima doaku,
Memakbulkan segala doaku,
Agar ia bisa menjadi satu “kekuatan dalam diam”
Mungkin doaku ini, tak sehebat doa yang dipanjatkan umi abi mu,
Atau sahabat yang akrab denganmu,
Kerna mereka lebih baik dariku,
Namun.inshaAllah.
Pabila doa doa bersatu,
ia akan menjadi padu.
Menenangkan dirimu,
Sesuatu yang sukar dirasa senang,
Sesuatu yang sempit dirasa lapang

inshaAllah.
*

Eh.
Kotak merah timbul dari papan pemuka fb ku.
Text.
Ku buka. Aku senyum. Sepupuku,aku juga pernah berada di tempatmu. 5 tawaran,namun hanya satu yang bisa menjadi pilihan.  

3 luar Negara. 2 dalam Negara.

Akhirnya??

Takde keje lain dah.
Nanges. Nanges lagi.

“Allah,kenapa begini sukar?”
“Zahra tengok macam susah sangat je Mia nak pegi Egypt?”
Kata roomateku.
Ya. Aku akui. Tawaran yang lain semua sudah ku tolak. Hanya dua. Upm atau Egypt?
Akhirnya ku pilih Egypt. Entah kenapa? Bagaimana? Mengapa??

Entah. Jawapan mudah. Ringkas.
Namun aku tahu,jawapan itu sekadar meloloskan diri.
Hampir 5 bulan di bumi ini,aku bagaikan sukar untuk berkongsi rasa,pengalaman,dan hari hari yang aku lalui disini. Kerna…

“ayuny, rasa tak apa yang saya rasa?” tanyaku.
“rasa apa?”

“betapa bertuahnya kita dipilih Allah untuk ada kat sini.”

“dalam jutaan pelajar,kita yang terpilih”sambungku.

“dooh. (sangat). Kita tak dapat nak gambarkan perasaan,atau nak ceritakan pada orang lain. Mereka kene ade sendiri kat tempat ni,dan rasa sendiri. Bestnye duduk sini.”

Perbualan kami terhenti. Dah sampai destinasi. Dan aku senyum.

Allah , nikmat apakah ini? Bukan maksudku bertanya dalam keadaan “kenapa??’”

Tetapi kerna aku rasa tak layak sebenarnya.

inshaAllah. Akan ku jawab,dan berkongsi cerita tentang kehidupanku di bumi kinanah ini. Serba sedikit,mungkin bisa membuat hatimu tenang,menjawab persoalan, kearah mana dikau selepas ini… inshaAllah

cerita yang akan aku ceritakan ini,lebih kepada program-program disini. Jadual kami pelajar medic,sangat berbeza dengan pelajar agama, atau kami gelar ‘dirosa’’. Sejujujrnya,bukan untuk memuji atau bangga,namun program agama pelajar perubatan lebih hebat katanya
berbanding pelajar agama.

“disini saya nak tegur dan ingatkan pelajar2 agama,saya tengok pelar medic lebih bersungguh-sungguh dalam mengejar ilmu agama. Jangan sampai kita pelajar agama………..” kata seorang panel yang merupakan ustaz yang aku segani kerna ilmunya beberapa hari yang lalu.
Dan…aku bersyukur,dan mengerti serta berjanji,takkan pernah berhenti bersyukur. Kerna diberi kedua-dua. Medic dan agama.

Kata seorang kakak,
“kita pelajar medic nie boeh dapat dua-dua. Medic dan agama. “

Sejujurnya sepupuku, medic disini bukan seperti di Malaysia. Disini,asal kamu sanggup mengorban masa lapangmu,kamu bisa dapat kedua-dua. Aku tahu,targetnya kamu pada agama,namun entah kenapa,aku rasa betapa beruntungnya ummah,jika seseorang sepertimu..yang hebat pada pandangan mataku, mengambil kedua-dua. Medic dan agama. Dua benda dalam satu masa.
Kenapa aku usulkan ini? Kerna aku tahu kamu mampu buat kedua-dua.

Sepupuku,ini Cuma pendapat ku sahaja. Angan-angan ku sebenarnya. Kerna aku tahu,minat mu tidak pada medic.
*Angan-angan saya sahaja ye??* haha

*
1. kediaman.
Bagi anak Kelantan, wisma Kelantan adalah antara kediaman termewah disini. Sebelum sampai disini,

“mia,whatever the condition is (wisma Kelantan), terima dengan hati redha. Buruk staro mano pon,cuba belajar redha.” Pesanku kepada diriku.

“kak,kat mana tandas? Nak guna.”
“oohh,adek pegi………”
*

Fuhhh…ade lift siap. Hebat. I like.
masuk salah satu rumah dalam wisma nie,nak tumpang tandas, memang….

I can say, it much much more better than what I have imagine.

*
2. Universiti Al –azhar.
Guess what? Just one day kitorang sampai Egypt nie,dah kene pegi class.
“what????”
Hampir terkeuar anak tekak. Dah nak kene pegi kelas?
Well,actually lewat seminggu dah.

Sampai U, terlopong. Ni ke al-Azhar?
Fuhhh,…sangat.
Sangat.
Zuhud. Kholas.

Masuk class..
“matilah aku. Tak paham pape. Bahasa inggeris DR. pelik doe. Cane nie?”
Meluah rasa. Dalam masa yang sama,berkongsi rasa takut plus bimbang dengan kawan kat sebelah.
How can I survive??
Salah satu ayat yang takleh aku lupa,
“why r u accumulating infront?”,laung salah seorang prof kami.

Gelak satu lab. Ayat paling science pernah aku dengar.
Haha.

X_X

Sungguh,bumi ini kaya dengan ilmu.
“carilah mutiara-mutiara ilmu,disebalik debu-debu tanah,di bumi ini”
Tagline mesir.

-ustaz don daniyal bijayid datang bagi talk. Bukan tu je,actually his wife just graduate dari Ainsyam tak silap,then he just have a baby boy. Alhamdulillah.

Akhir talk dia, he share with us 2 stories..yang memang buat aku sedar,betapa besar masalah ummah sekarang. Social,zina berleuasa. Di akhir katanya,

“saya tak mampu nak buat ni sorang-sorang”
Hiba nada suaranya. Cukup buat aku sedar, dia perlukan kami,untuk sama-sama dalam perjuangan menyelamatkan ummat akhir zaman nie.

Actually banyak lagi yang beliau kongsi. Terlalu banyak.
Tapi, kene stop dulu. Ahli smart circle sedang menunggu.
Eheh.


Okay. Sambung balik. mashaAllah,banyak perkongsian dan info dari smart circle tadi. Sungguh..subhanAllah.

………
Ku imbau kembali. Program-program yang aku hadiri,lebih kepada program yang menguatkan akidah dan memantapkan keyakinan.  Beberapa hari lalu,ustaz Dusuki (selebriti yang sedang meningkat naik) hadir untuk kuliah dhuha. Dapat memberikan ceramah sekitar 1 jam sahaja. Kerna harus bergegas ke airport.
Penyampaian beliau tipu jika saya kata biasa-biasa. Kerna memang agak luar biasa. Santai namun sentap. Jenaka namun bisa membuka mata.
Buku nota ku belek. Mencari point untuk dikongsi.
Ohh.. nie pon bagus.

Kenapa hati sangat,amat,penting untuk dijaga??
-kerna hati….. tempat Allah memandang. Lalu,hadis yang cukup masyhur dibaca.
“sesungguhnya,Allah tidak melihat kepada wajah atau harta benda,tetapi Allah melihat kepada hati kamu”
p/s: lebih kurang begitulah.

-hati adalah raja kepada tubuh badan. Bak kata Mato..
Okay. Saya sedih sekarang. Dan shocked dengan berita yg diterima.. lupakan tentang kata-kata mato.

-hati adalah tempat bertarung between malaikat and syaitan Laknatullah.
-dan…….hati, tempat simpannya  IMAN.

See? U got it? Okay.

Kemudian,program diteruskan.. menghadiri 2 forum berkaitan ideologi.

Ideology?? Tidakkah kalian perasan?? Sekarang kita berada di medan perang?? Ya

Ya.
Sedang berperang. Ghuzwatun fikr. Perang fikiran.

Betapa liciknya musuh kita..menyerang dalam keadaan kita bagai dibius buat sementara. Sementara??
Walau hampir berdekad lamanya.  Allah…..

Tak terdaya rasanya untuk menulis. Kerna tanggungjawab yang ku rassa cukup besar,.yang belum mampu untuk ditunaikan. Namun sampai bila? Dan jika bukan kita,,siapa??

Aku jadi sebak. Teringat arwah Ammar. Allah,ummah perlukan insan seperti dia… 

Allah…

Jika di search dalam youtube..ramai ‘orang islam’ yang sedang menjatuhkan islam. Dek kerana ketandusan fikiran. Dibilangnya telah mengkaji 20 tahun al-quran,namun tak pernah terjumpa ayat yang menyuruh perempuan mengenakan tudung di kepala..

Kata ustaz semalam..
“bagaimana nak jumpa? Jika tafsirnya diambil dari cetakan orang putih. Belajar arabnya tidak. Sesuatu perkara mesti dirujuk kepada orang yang pakar dalam perkara tersebut. Medic sendiri,punya pakar jantung,pakar sakit puan dan sebagainya. Begitu juga dalam kita menfsirkan al-quran..mesti dikaji tentang sebab nuzul.. dan dikaji ayat-ayat sebelumya. Serta berjumpa para alim ulama.”

Banyak. Terlalu banyak persoalan yang dijawab para panel yang memang hebat dan tinggi ilmu mereka.

Pabila datang suatu berita,atau video yang mencabar keimanan kita..yang terkadang buat kita kata..

“a’ah lah. Betol jugak.”

Jangan goyah!! Inilah serangan pemikiran yang dibawa oleh musuh-musuh kita.

Satu lagi.. betol. Islam memang menyuruh kita membaca. Bukankah surah pertama ialah surah berkaitan membaca??

Namun,seperti yang ditulis diatas, kaji ayat sebelum dan selepasnya..

1)iqra’
2) bismirabbikallazi kholak.
(dengan nama TUhanmu…………)
Means,baca sesuatu yang kembali atau refer atau diguide dengan nama Allah yang Maha Besar.

Okay. Banyak. Sampaikan balik sahaja dari forum, seorang kakak berkata:

“balik ni mesti takleh tido. Memikirkan masalah ummah.”

 Dimana kita? Apa langkah seterusnya?

Allah…..

.

Sepupuku.. jika aku ditempatmu. Takkan aku teragak-agak untuk memilih Mesir sebagai tempat seterusnya untuk aku menadah ilmu. Mesir….punya sesuatu yang takkan mampu, diberi atau dibeli oleh seseorang.

Ya.

Keberkatan. Yang hanya dirasai.. mereka-mereka yang DIA pilih. Untuk merasai, istimewanya bumi ini.

Salam sayang,

J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan